Posts

Showing posts from March, 2011

Sepintas lalu diari Mac 2011

Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang sentiasa memberikan rahmat dan hidayahNya untukku hidup di atas dunia yang sementara ini. Sesungguhnya, semua yang dilalui sehari-hari ini adalah kesempatan sementara buatku mencari bekalan seoptima mungkin. Kelak di sana kebahagiaan menanti. InsyaAllah. Tanggal 20 Mac 2011, aku melaporkan diri ke sebuah sekolah yang tidak asing lagi di kalangan warga daerah Kuala Krai. Sebuah sekolah menengah. Sebuah sekolah kawalan, iaitu SMK Sultan Yahaya Petra II. Khabarnya semua pelajar yang diterima masuk ke sekolah ini adalah yang telah disaring dan ditapis terlebih dahulu. Kalau tak dapat 4A atau 5A dalam UPSR tak payah bermimpilah nak ke sekolah ini. Merujuk kembali diriku sendiri, aku hanya ditugaskan di sini selaku guru ganti kepada salah seorang guru Sains perempuan di sekolah ini yang cuti bersalin. Alhmadulillah, dah rezeki aku kat sini kali ini. Hari pertama di sekolah ini aku amat teruja dengan persekitaran dan gambara