Sepintas lalu diari Mac 2011

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang sentiasa memberikan rahmat dan hidayahNya untukku hidup di atas dunia yang sementara ini. Sesungguhnya, semua yang dilalui sehari-hari ini adalah kesempatan sementara buatku mencari bekalan seoptima mungkin. Kelak di sana kebahagiaan menanti. InsyaAllah. Tanggal 20 Mac 2011, aku melaporkan diri ke sebuah sekolah yang tidak asing lagi di kalangan warga daerah Kuala Krai. Sebuah sekolah menengah. Sebuah sekolah kawalan, iaitu SMK Sultan Yahaya Petra II. Khabarnya semua pelajar yang diterima masuk ke sekolah ini adalah yang telah disaring dan ditapis terlebih dahulu. Kalau tak dapat 4A atau 5A dalam UPSR tak payah bermimpilah nak ke sekolah ini.

Merujuk kembali diriku sendiri, aku hanya ditugaskan di sini selaku guru ganti kepada salah seorang guru Sains perempuan di sekolah ini yang cuti bersalin. Alhmadulillah, dah rezeki aku kat sini kali ini. Hari pertama di sekolah ini aku amat teruja dengan persekitaran dan gambaran-gambaran awal yang aku cipta sendiri di mindaku. Ternyata sebahagian besar gambaranku itu tidak meleset. High expectation yang ditunjukkan oleh semua guru di sini amat jelas terpancar di wajah masing-masing. Aku berasakan diriku seperti tetamu istimewa di sekolah ini. Namun semua bagaikan berubah 180⁰ seketika. Hari ini aku terasa tidak begitu dipedulikan. Pasti ada sesuatu yang kurang rasional telah ku lakukan dalam tempoh dua hari sebelum ini.


Hari ini aku berazam untuk memberikan 120% komitmen dan repons positif kepada semua guru, kakitangan serta pelajar-pelajar sekolah ini. Aku sebenarnya masih dilanda sindrom inferiority, iaitu rasa rendah diri melampau. Banyak faktor yang meyebabkan sindrom ini. Tetapi aku tidak boleh tewas dan menyerah kalah begitu sahaja. Aku perlu yakin pada diriku sendiri bahawa aku boleh berubah dan memberikan yang lebih baik kepada semua orang. Semenjak daripada awal lagi aku telah menanam di lubuk hatiku bahawa keberadaanku di sini bukan untuk fulus semata-mata. Jauh yang lebih penting daripada itu adalah keberkatan rezeki daripada usaha yang bersungguh-sungguh dan menepati kehendak semasa serta kehendak syariat. InsyaAllah, jika peserta ‘ Adik-Adikku” TV1 boleh, aku pun mesti boleh. InsyaAllah.


p/s: TAHNIAH untuk sahabat terbaik dan terkaribku, Mahazan kerana dah berumahtangga pada hari Khamis lepas. Moga-moga rumahtangga yang dibina kekal dalam keberkatan dan sentiasa dirahmatiNya sentiasa. Pesanku, suka duka dalam rumahtangga itu dah jadi asam garam orang berkeluarga. Pohonlah bantuan dan hidayah daripadaNya sentiasa.

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?