Serampang dua mata ke talam dua muka

Alhamdulillah, aku baru sahaja selesai solat Asar berjemaah di surau Fakulti Sains dan Teknologi UMT. Syukurlah kerana dapat azan hari nie. Lama sudah aku tak dapat azan. Sesekali dapat melaungkan kebesaran Allah terasa beruntungnye. Lagi beruntung kerana dapat berjemaah dengan golongan intelektual yang komited dengan Islam. Prof Ismail, Prof Fauzi dan Doktor-Doktor lain selain daripada staf2 sokongan.

Meski pun universitiku tidak segah universiti lain yang ternama namun aku masih bersyukur kerana masih punyai mereka. Mereka tidak dilalaikan oleh bebanan kerja walhal mereka bisa saja solat lewat sedikit kerana kerja sebagai profesor pasti memerlukan komitmen yang tinggi.

Ape pun aku tetap bersyukur kepada Allah yang mengizinkan ku untuk solat berjemaah pada hari ini. Alhamdulillah.

Seusai solat Prof Ismail yang merangkap imam pada hari ini bertazkirah. Cukup pendek dan padat. Rasenye tidak sampai 2 minit. Beliau hanya berpesan supaya ahli jemaah berhati-hati agar tidak termasuk dalam golongan yang ketiga yang disebut dalam awal surah Al Baqarah, iaitu golongan munafiq(berpura-pura Islam).

Pada zaman Rasulullah, ada sahabat yang pergi bertanya sendiri kepada Rasululllah kalau2 termasuk dalam list golongan tersebut. Ape pun moga2 aku dijauhkan daripada Allah dari golongan munafik. Amin...

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?