Dari blog Tun Mahathir dan Ahli Parlimen Titiwangsa

Harga Minyak

Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga. Kos sara hidup sudah tentu meningkat.


Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun. Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat. Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat. Beberapa hari lepas Kerajaan putuskan untuk haramkan penjualan minyak kepada kenderaan milik asing. Tunggang. Sekarang kenderaan asing dibenar membeli semula. Terbalik!Mengetahui yang ianya akan menaikkan harga minyak dalam beberapa hari dan orang asing akan dibenar membeli, kenapa Kerajaan tidak menunggu sahaja daripada keluaran arahan larangan dan kemudian benarkan semula.


Namun begitu apakah yang Kerajaan boleh lakukan untuk meringankan beban kepada rakyat hasil daripada kenaikan harga petrol.Pertamanya, Kerajaan tidak patut mengapungkan Ringgit. Kadar apungan menyebabkan ketidak-tentuan nilai Ringgit dan kita tidak akan meraih apa-apa keuntungan daripada kekuatan Ringgit. Sudah tentu rakyat tidak menikmati peningkatan kuasa membeli walaupun terdapat peningkatan nilai Ringgit dari segi tukaran dengan Dollar Amerika. Sebenarnya Ringgit mengalami peningkatan lebih kurang 80 sen (daripada RM3.80 ke RM3.08 pada 1 US Dollar) satu US Dollar, melebihi 20 peratus. Jika Kerajaan teruskan sistem tambatan kadar dan menaikkan nilai Ringgit pada kadar 10 peratus pada satu masa, kos import, dalam Ringgit boleh dipantau dan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Pada kadar kenaikan 20 peratus, kos import patutnya turun 20 peratus. Tetapi kita tahu harga barangan import dan perkhidmatan tidak kurang. Ini bermakna kita bayar 20 peratus lebih tinggi untuk import termasuk bagi bahan mentah dan komponen untuk industriOleh sebab harga minyak disebut dalam Dollar Amerika, kenaikan harga minyak dalam Dollar sepatutnya dikurangkan sebanyak 20 pertaus dalam Ringgit Malaysia. Tetapi Kerajaan hendak turut Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia dan telah putuskan untuk mengapung Ringgit. Akibatnya kekuatan Ringgit hanya meningkatkan kos export tanpa memberi sebarang keuntungan kepada rakyat menerusi kekurangan kos import. Ini bukanlah kecerdikan selepas sesuatu itu terjadi.


Saya telah beritahu seorang Menteri Kerajaan supaya Ringgit tidak diapungkan tiga tahun lalu. Memanglah saya bukan pakar dan saya hanya tahu serba sedikit tentang rejim kewangan antarabangsa.Saya percaya umum terpaksa menerima kenaikan harga petrol. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan ialah jumlah kenaikan serta keadaan tergesa-gesa. Perdana Menteri sebelum ini seolah-olah mencadangkan kenaikan hanya pada bulan Ogos, tetapi ianya datang dua bulan lebih awal, sejurus selepas pengharaman penjualan kepada orang asing. Jika kenaikan berperingkat, rakyat tidak akan terlalu terasa. Tetapi ini bermakna Kerajaan perlu terus beri subsidi walaupun tahapnya akan menurun. Mampukah Kerajaan terus beri subsidi? Saya “penasihat” Petronas tetapi saya tahu sedikit sahaja berkenaannya dan tidak lebih daripada apa yang dilaporkan dalam akaunnya yang diumumkan. Apa yang saya tahu mungkin tidak begitu tepat tetapi cukup untuk saya membuat beberapa penilaian. Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong. Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100. Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100 boleh dianggap untung bersih.250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion Ringgit).Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan. Kerajaan ini melimpah dengan wang.


Selain minyak, harga minyak sawit, getah dan timah juga meningkat lebih kurang 400 peratus. Keuntungan syarikat perladangan dan bank-bank juga mencecah sehingga RM3 billion tiap satu. Cukai yang dibayar juga sudah tentu mengalami peningkatan yang tinggi. Saya percaya jika subsidi dikekalkan dan dikurangkan secara berperingkat ianya tidak akan mengekang kewangan Kerajaan. Di dalam jangka masa terdekat cara untuk mengurangkan pembaziran dan menaikkan pendapatan mestilah diperkenal. Kita mungkin tidak dapat menetapkan gaji minima, tetapi sudah tentu kita boleh meningkatkan sedikit jumlah gaji minima. Sebenarnya pendapatan kita tinggi berbanding sesetengah jiran kita. Pelabur yang datang ke sini tertarik bukan dengan harga buruh murah, tetapi faktor-faktor lain termasuk sikap dan pendekatan Kerajaan tehadap komuniti perniaga terutamanya pelabur. Daripada apa yang saya dengar, sikap mesra peniaga amat berkurangan pada Kerajaan sekarang hinggakan orang Malaysia juga melabur di luar negara.


Terdapat cakap-cakap berkenaan hubungan politik mempengaruhi keputusan. Secara amnya ahli politik Kerajaan dikatakan sombong. Malaysia tidak punyai cukup tenaga kerja. Industri yang memerlukan tenaga pekerja yang ramai tidak menguntungkan Malaysia. Pekerja asing menghantar jumlah wang yang besar ke negara asal mereka.Polisi industri mestilah bertukar agar teknologi tinggi dapat dipromosikan untuk memberi rakyat Malaysia lebihan pendapatan bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.


Dunia sedang menghadapi kecelaruan ekonomi akibat penurunan nilai Dollar Amerika, krisis pinjaman sub-prima, kenaikan harga minyak dan bahan mentah, kekurangan makanan dan akiviti tamak “hedge funds” yang berterusan. Kemungkinan berlakunya resesi ekonomi Amerika Syarikat adalah benar. Sebenarnya Amerika Syarikat sedang mengalami kelembapan ekonomi. Ekonomi dunia akan turut ditarik turun. Malaysia juga akan terjejas kesan daripada semua masalah ini. Saya tertanya adakah Kerajaan bersedia untuk menghadapi semua ini. Kita tidak boleh lari daripada akibat negatif tetapi mestilah ada cara untuk mengatasinya agar beban yang terpaksa ditanggung rakyat dapat dikurangkan.


Saya harap yang Kerajaan tidak akan melepaskan sahaja segala masalah ini kepada rakyat seperti ynag digambarkan cadangan untuk menilai harga minyak setiap bulan. http://www.chedet.com/2008/06/oil-price.html



Thursday, June 05, 2008


Bebanan Baru Rakyat Malaysia


Tidak sampai sebulan kita digemparkan dengan kenaikan harga makanan asasi utama Malaysia iaitu beras, pada petang semalam, YAB Perdana Menteri Malaysia telah membuat lagi satu kejutan kepada rakyat Malaysia tentang kenaikan harga baru bahan bakar dan tarif elektrik di negara ini. Kenaikan yang paling tinggi dalam sejarah negara sebagai negara pengeluar minyak bagi saya adalah tindakan yang kurang wajar. Jika dibandingkan harga bahan bakar di negara jiran yang lain hanyalah RM3 seliter bagi negara yang tidak mempunyai telaga minyak, manakala Malaysia yang dilimpahi dengan minyak hanya kurang 30sen sahaja untuk seliter.
Apa yang dikesali daripada kenaikan harga baru bahan api ini adalah akan memberi kesan dan impak yang sangat mendalam kepada golongan yang berpendapatan sederhana, dan apatah lagi kepada golongan yang berpendapatan rendah. Saya sangat sedih dan kesal dengan keadaan yang berlaku pada hari ini, kerana saya sedar akan kesusahan dan keperitan yang bakal dialami oleh golongan-golongan tersebut.
Malangnya saya rasa bagi rakyat Malaysia kerana mendapat tamparan hebat seperti ini, dan apatah lagi kenaikan-kenaikan harga bahan api secara mendadak ini berlaku pada zaman Pak Lah iaitu sejak tahun 2004, dari harga seliter petrol RM1.37 ke RM2.70 pada tahun 2008. Dalam masa hanya empat tahun harga minyak telah naik hingga RM1.33, (sila rujuk graf di atas).Saya amat yakin selepas kenaikan harga minyak ini akan disusuli oleh kenaikan-kenaikan harga barang dan juga perkhidmatan, dan ianya berlaku di luar kawalan kerajaan.
Keadaan ini hanyalah akan membebankan lagi rakyat Malaysia amnya dan khususnya kepada golongan yang berpendapatan sederhanana dan rendah. Sebagai contoh harga tiket bas, teksi, bahan runcit dan sebagainya kerana semua ini memerlukan bahan api untuk proses penghantaran dan sebagainya.Subsidi juga diumumkan oleh YAB Perdana Menteri kepada pemilik-pemilik kenderaan mengikut katagori.
Walaupun subsidi ini diberi, manalah cukup untuk menampung kenaikan-kenaikan harga barang lain yang akan naik pada masa yang terdekat ini, malah ia juga tidak mencukupi untuk menampung bahan api dalam masa setahun. Hakikat ini perlu difahami oleh kerajaan bahawa bukannya semua rakyat Malaysia hidup mewah, malah ramai lagi yang hidup dalam keadaan yang dhaif, kais pagi dan petang utk makan malam.
Apa yang dirunsingkan selepas ini adalah para menteri akan berkata "UBAH GAYA HIDUP ANDA". Setiap kali harga bahan bakar, barang-barang keperluan naik, rakyat dengan secara automatik tanpa disuruh terpaksa mengubah corak dan gaya hidup mereka kerana terasa bebanan yang amat sangat, dari gaya hidup memakan ikan segar kepada ikan kering, dari motor tukar naik basikal dan berjalan kaki.
Adakah ini semua pernah dilalui oleh menteri-menteri??? Adakah mereka pernah merubah gaya hidup dan selami penderitaan rakyat akibat kenaikan harga barang dan juga bahan api ini???.Apakah ini "hadiah" kemenangan UMNO dan sekutunya dalam Barisan Nasional (BN) kepada rakyat Malaysia selepas kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu?? hadiah seperti ini jugalah pernah diterima oleh rakyat Malaysia sebelum ini, tetapi malangnya mereka belum sedar.
Kalaulah ini merupakan "hadiah" dalam pilihan raya yang lalu, cubalah kita fikirkan... berbaloikah kepercayaan dan undian yang telah kita berikan kepada mereka dalam pilihan raya umum yang lalu. Marilah sama-sama kita membuat perubahan dan saya rasa ianya masih belum terlambat...http://docpearl.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?