"This is a goodbye kiss, you dog!"
Kumulakan bicara maya ini dengan namaNya yang Maha Agung, buat memberkati coretan yang mudah-mudahan memberi input untuk semua.
Kaget seketika!!! Itulah yang boleh ku katakan tatkala melihat klip video tentang Bush yang dibaling kasut oleh Muthathar al Zaidi, wartawan dari Iraq sambil melaungkan " This is a goodbye kiss, you dog!"... Memang padan ngan muka kau Bush. Kafir harbi yang paling jahat pernah wujud di muka bumi ni.
Daku terasa ingin mengulas tentang kempen I-Dance yang dilancarkan oleh kerajaan Pulau Pinang baru-baru ini. Memang tak patut dan tak bermanfaat langsung kerana ia hanya akan menambahkan lagi masalah sosial di kalangan remaja Melayu yang beragama Islam. Program ini kalau hendak dibuat pun biarlah tertutup dan dikalangan remaja non-Muslim sahaja. Tambah memburukkan, media arus perdana memfitnah PAS dengan mengatakan bahawa Pas menyokong I-Dance ini. Begitulah budaya mereka.
Begitulah sedikit sebanyak apa yang boleh ku komen di sini. Sekian
Comments