Muhasabah Diri dan Pembaharuan Iman


Lima soalan yang tidak dijawab oleh Lidah

“Allah S.W.T kurniakan hidup dengan kelahiran manusia daripada rahim ibu, sebagai satu rahmat yang mesti disyukuri”

Rasulullah S.A.W yang mulia telah meninggalkan sepotong hadis antara ratusan ribu hadis baginda yang cukup bernilai buat panduan kita selaku umatnya, iaitu hadis yang menyebut tentang pentingnya masa. Sebahagian hadis itu sebagaimana yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim adalah “..rebutlah masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum mati”. Seringkali perkataan ‘sibuk’ digunakan sebagai alasan lapuk untuk mengelakkan diri dari sesuatu mesyuarat, masjlis penting atau untuk tidak solat berjemaah di masjid.
Masa adalah usia kita. Ia sangat terbatas kerana sesaat yang berlalu tak mungkin kembali. Bagi seseorang yang bekerja mengikut waktu pejabat, satu saat sahaja sudah cukup memerahkan punch card nya. Begitulah kita umat Nabi Muhammad S.A.W, yang jarang sekali jangka hayatnya melebihi umur baginda. 63 tahun. Kecualilah jika manusia diciptakan seumpama pokok yang semakin lama semakin kuat akarnya menjalar ke bumi dan makin lanjut juga usianya hingga beratus-ratus tahun.
Masa lapang yang dikurniakan janganlah disia-siakan kerana bagi seseorang yang hidup selama 60 tahun, satu pertiga daripada umurnya dihabiskan percuma untuk tidur sahaja manakala satu perenam lagi pada masa kanak-kanak. Hanya 30 tahun sahaja masa yang benar-benar boleh digunakan olehnya untuk membuat apa-apa yang bermanfaat untuk hidup di dunia dan lebih-lebih lagi untuk mencari bekal ke akhirat.
Kehidupan selepas mati adalah suatu yang pasti. Kita yang terpilih antara berjuta sperma yang ingin menawan oosit sekunder (ovum) dahulu kini berjaya membesar hingga tika ini. Justeru isilah kehidupan ini dengan apa jua perkara berfaedah dan bermanfaat.
Sedarilah bahawa pada Hari Pembalasan nanti lidah manusia tidak akan diberi peluang sedikit pun untuk membela diri melainkan setiap anggota itu sendiri yang akan menjawab segala persoalan atas segala tindakan yang dikerjakan di dunia dahulu..


Bibliografi:

N.A. Aziz, Taqwa, Anbakri Publika Sdn. Bhd, 2008, m/s 9-11.

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?