Perlunya replikasi akidah untuk kebahagiaan hidup...

Kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wataala.
Hebat sungguh Tuhanku. Dia menciptakan aku dari air mani yang hina. Tidak dipandang walau sebelah mata. Selama 9 bulan 10 hari aku disimpan di dalam rahim seorang ibu, kini aku hadir ke dunia-Nya tanpa apa-apa bayaran, tanpa dapat kuceritakan pengalamanku berada di sana.
Namun, Allah lebih hebat dari apa yang kusangkakan. Nabi Isa alaihissalam sendiri boleh lahir tanpa bapa. Nabi Ibrahim sendiri boleh mendapat walaupun sudah terlalu tua (80tahun), Nabi Zakaria pun sama. Walaupun (kalau tak salah) dikatakan mandul, namun masih dapat anak dengan izin Allah. Mengapa kelahiranku yang aku alami sendiri aku boleh percaya dan yakin, tetapi tidak dengan kebangkitan semula selepas mati. Mana mungkin sedemikian berlaku. Oh...aku tahu jawapannya. Inilah iman. Aku yakin jasadku mengandungi roh, namun aku tak nampak. Yakin pada gula itu ada manis, tapi di mana manisya. Lantas tergamakkah aku untuk tidak yakin dengan Hari Pertemuan, Hari Pembalasan, Hari Perhimpunan, Hari Keluh Kesah atau nama lainnya Hari Penyesalan.
" Iaitu mereka yang beriman dengan segala perkara ghaib dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat." (Al Baqarah :ayat 3)
Kini baru ku teringat kembali, apakah sebenarnya rahsia keagungan dan kehebatan umat Islam pada zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W. Itulah kekuatan 'IMAN'.
To be continued...(ntah bile)...

Khabbab al Arat (antara Sahabat rasul yg terawal peluk Islam, pernah diseret atas bara api sampai lemak-lemak yang hancur memadamkan bara api tersebut).


Harga Iman Saidina Bilal: Pernah diseksa dengan dipakaikan baju besi di tengah2 padang pasir dengan ditelentangkan dan ditambah pula dengan batu yang cukup besar).


Dahulu di sinilah tinggalnya masyarakat yang hebat dari segi tamadunnya namun lebur di sisi nilai moral dan akhlak. Bangkitnya Rasul membawa sejuta rahmat, menghapuskan pembunuhan anak-anak perempuan secara berleluasa, men'delete' amalan zina, minum arak dan yang sama waktu dengannya. That's all from me guys. Apa yang baik daripada Allah, yang kurang tue kedhaifan saya(ambo)..







Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?