Majlis Silaturrahim Pondok Semalaysia




Alhamdulillah, pada 9 dan 10 Rejab yang lalu bersamaan 12 dan 13 Julai 2008, aku berkesempatan untuk bersama-sama mengahdiri Majlis Silaturrahim Pondok Semalaysia Kali ke-2. Majlis yang bertempat di Pondok Darul Muhajirin, Bukit Jong Kuala terengganu itu merupakan anjuran Kesatuan Madrasah Islamiyah atau ITMAM. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan pada kaca mataku. Dua ekor lembu tumbang untuk jamuan bagi peserta majlis untuk kedua-dua hari tersebut. Tema majlis tersebut pada tahun ini adalah 'Memahami Aqidah AhluSunnah Wal Jamaah Menerusi Pengajian Sifat 20'.

Tuan Guru Baba Mohd Suplar dalam ucapannya menegaskan bahawa kejayaan umat Islam kini bergantung pada sejauh mana mereka boleh mengamalkan amar makruf nahi mungkar. Beliau juga mempersoalkan tentang pembahagian tauhid yang diajar di insititusi-institusi pengajian sekarang di Malaysia, barangkali sesat pada pandangannya. manakal wakil ITMAM iaitu Tuan Guru Hj wan Zukir Wan Ismail pula mengingatkan kepada para hadirin bahawa umat Islam adalah umat terbaik yang dibangkitkan kepada umat manusia, menyruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.


Berikut antara beberapa foto yang boleh ditatap buat tetamu sekalian:









bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?