Assalamualaikum semua
Hai, lama saya tidak mengemaskini blog ini. Sedar tak sedar dah masuk bulan April 2014 rupanya kita. Andai malam ini saya dijemput ke rahmatullah, tolonglah maafkan salah silap saya yer semua. Ok, Assalamualaikum.
Iman,Islam dan Ihsan bagaikan tiga sejoli yang tak mungkin dapat dipisahkan lagi walau dengan apa jua cara sekalipun. Iman ibarat tapak rumah, Islam pula rumah yang telah dibina namun masih belum siap sepenuhnya. Akan tetapi ihsanlah yang akan melengkapkan binaan rumah tersebut kerana tanpa ihsan iman dan islam seseorang itu tidak akan selamat.