Posts

Blog bisnes baruku

Sempena bulan Ramadhan ni aku lancarkan blog bisnes. Entah siapa la yang beruntung untuk turut sama join bisnes nie... Ni alamatnyer... www.ridhzmi.blogspot.com

FIFA World Cup vs Allah's Jannah Cup

FIFA World Cup dah habis. Sekarang ade lagi international grand event yang akan berlangsung. Dah makin dekat dah. So bersedia lah untuk beramal sesungguh-sungguhnyer. Hihi.. Aku dah join satu bisnes baru. Besh bangat. Nama die bisnes produk kesihatan Transfer Factor keluaran 4Life Research Sdn Bhd. Meh la join ramai2 . Rugi kalo x join. Die bukan macam bisnes lain n setakat ni terbaik antara yang terbaik.... Jom explore. http://www.4life.com/ http://zaki.winners4life.net/ Berniaga itu ibadah.

Menjelang Ramadan

Image
Salam sume. Ramadhan dah makin dekat. harap2 sume dah bersedia untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh berkah itu. Tahun lepas adalah Ramadhan pertama aku bersama isteri dan mertua. Tahun ni aku harap aku dapat merebut, meraih, mengekstrak pahala sebanyak mungkin. Hari ni dah 19 Rejab. Maknanya tinggal 40 hari lagi nak puasa. Yang masih ade yang kena qadha tu cepat2 lah qadha yer. InsyaAllah niat yang baik pun Allah dah kira. Selamat berpuasa semua.

Syukur itu segala-galanya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang telah menciptakan segala sesuatu dan memenuhi setiap keperluan makhluk-Nya. Oh Tuhan sungguh hamba-Mu ini termasuk golongan 99%. Golongan yang tidak dan kurang bersyukur padaMu. Ya Allah, apekah yang telah ku lakukan terhadap isteriku. Alangkah besarnya dosaku padanya. Azami isteriku, maafkan abang ye sayang. Abang janji, abang akan jadi suami yang soleh serta lebih bertanggungjaawab. InsyaAllah. Sungai Embak, Kuala Krai (24 Mei 2010) 08:54 pagi.

Wahai anak muda, jangan persia-siakan usia mu

Bismillahirrahmanirrahim Ku mulakan bicara jiwang ini untuk berkongsi mungkin ilmu atau leteran atau ngomelan. Terpulang kepada sesiapa yang membacanya. Frasa utama yang ingin kugunakan adalah ‘kerja’, ‘duit’, ‘kemalasan’, ‘tawakal’, ‘lemah semangat’, ‘trauma’, ‘kesabaran’. Aku sekarang tidak punya mata pencarian. Justeru itu menyebabkan aku memerlukan sesuatu untuk mendapat uang. Mungkin aku dikuasai oleh kemalasan. Mungkin aku sudah lemah semangat untuk memohon kerja baru yang tidak kunjung tiba. Mungkin aku sudah dilanda trauma akibat tertipu tahun lalu. Namun kesabaran tetap menjadi tumpuan utama. Aku sememangnya malas. Tapi aku tahu aku punya tanggnungjawab yang amat besar sekarang. Aku sudah beristeri. Aku sudah mencecah umur 24 tahun. Aku punya ayahanda dan bonda yang sudah tua. Aku juga punya tiga orang adik lelaki yang masih belajar. Oh… Allah. Aku bukanlah terlalu malu untuk berkerja walau pun bergaji kecil, akan tetapi aku seringkali tewas dengan keegoanku. Ya Allah, mengapa...

Dari Mimbar Ar Rahman

Maulidurrasul Di Ambang Senja VS Infiniti -‘Orang yang bakhil itu adalah apabila ada disebut namaku, dia tidak berselawat ke atasku’ (mafhum Hadis Nabi) - Tanda utama kecintaan seseorang terhadap Nabi Muhammad adalah amalannya yang 100% menurut sunnah atau perjalanan hidup Rasulullah S.A.W. - Barat telah menghina Rasul. Contoh, Denmark dengan karikatur Rasululullah yang dipapakikan serban berserta bom di atas kepala. Belanda pula dengan filem ‘Fitna’, hasil jahat Geert Wilders. Dari Switzerland pun ada. si celaka itu melukis gambar nabi kita dengan berbadankan 'dog'. Astaghfirullah. Apa reaksi kita? - Jangan biar ingatan kita kepada Rasulullah sekadar ingatan kepada rakan sekerja, sekadar ingatan terhadap adaik-beradik atau kepada George Bush. Tapi biarlah ingatan kita kepada baginda adalah ingatan terhadap insan yang menjadi perantaraan wahyu. Ingatan kepada yang telah mengembalikan manusia daripada alam jahiliah kepada alam Islam yang penuh cahaya.

Menjadi guru yang sempurna

Image
1. Ntah kenapa hari ni tangan terasa ringan sahaja nak tulis blog. mungkin sebab nak guna peluang sebaik-baiknya sementara dapat online kat Hotel Usaha ni. Isteriku masih meeting di Tabika Bandar Gua Musang. Alhamdulillah. Aku berkenan untuk letak satu entri yang harap2 ku bermakna untuk semua orang. 2. "Menjadi guru yang sempurna' Tajuk ini muncul di kepalaku tatkala aku merenung ke dalam diriku mengapa aku begitu berat untuk memohon untuk menjadi guru sebelum ini. Padahal aku pernah beli no pin DPLI yang berharga RM 20 lebih, pernah cuba pergi exam M-Test dan tahun ini, sekali lagi membeli no Pin KPLI. Mungkin bulan 3 nanti pihak pengurusan M-Test akan suruh print salinan slip exam M-Test di internet. apa jua sekali pun aku tetap akan cuba. Nak tahu kenapa, tak de kerja punya pasal la. Hakikatnya rezeki yang Allah sediakan sudah termaktub di Luh Mahfuz. Cuma tinggal aku yang berusaha untuk mencari nya. Ape kan daya, taraf maqam asbab. Golongan 'awwam' kalau mengikut ...

Aku dan isteri...

Image
Duhai isteriku, Senyum tawamu pengubat dukaku... -Muhamad Ridhuan & Azami

Do you a smoker?

Terasa ingin merokok semula -Fatimah Abadullah Bekas Pelajar aliran Agama Dulu semasa di sekolah berasrama penuh, keitka tingkatan lima saya menghisap rokok. sesekali apabila teringatkan perangai lama, saya ada juga perasaan teringin untuk merokok kembali tetspi memandangkan ia bukanlah imej muslimah sejati, saya segera lupakan dan padamkan hasrat itu. Renung-renungkan. (sumber: Utusan Malaysia Isnin 18 Januari 2010 muka 9)

mari ber'facebook'.

salam, guna teknologi untuk dapat redha Allah.

HidayahMu yang kudambakan...

Oh Tuhan, terima kasih atas segalanya. Nikmat iman dan Islam yang Engkau kurniakan amat bererti buatku. Siapalah aku di dunia ini tanpa Islam yang Engkau bekalkan bagiku. Jumaat lepas aku berkesempatan untuk mendengar khutbah daripada anak kepada Tuan Guru Haji Abdul Rahman (pengasas Pondok Sungai Durian, Kuala Krai). Alhamdulillah, amat berisi, padat dan menyentuh lubuk sanubari. Huraian tuntas daripadanya berkenaan rasuah melumatkan lagi kefahamanku tentang topik 'hot' itu. Kalau di masjid di bawah seliaan negeri jajahan U-BN, confirm tak dibenarkan. Kenapa tidak, tidak benarkan menyentuh hal2 politik dalam masjid. Kerana masjid hanya untuk tempat solat, berzikir, berwirid, qiamullail, membuat maulid, solat terawih, solat hari raya dan seumpamanya. Tidak labih daripada itu. Kalau sentuh politik dan perkara berkaitan, TAK BOLEH. Diulangi, TAK BOLEH. Bahkan mungkin berdosa besar. Malaikat 'SB' boleh datang, sumbat dalam neraka ISA KAMUNTING. Kekal lah kat situ selama-l...

Ilmu dan masa

Salam, Ilmu itu pelita hidup. Masa itu kehidupan. Lengkapkanlah diri kita dengan ilmu, gunakanlah masa yang ada sementara masih berada di dunia yang fana ini..
Image

Foto gempa bumi di Padang, Sumatera Barat Indonesia. MasyaAllah.

Image

Sumber kekuatan mukmin

1.Akidah tauhid 2.Jihad 3.Ukhuwwah

Mari berdoa

Doa 19 Memohon Keimanan Yang Menjadikan Hati Sabar Bila Ditimpa Bala dan Sentiasa Redha Dengan Rezeki Pemberian Allah S.W.T Renungan Setiap manusia yang hidup di dunia ini tidak terlepas dari menghadapi ujian dan dugaan Allah s.w.t. Sesetengah mereka menghadapi ujian atau dugaan Allah s.w.t dengan tenang dan sentiasa sedar bahawa bala ini adalah dari Allah s.w.t, dengan ini mereka terus bersyukur kepada Allah s.w.t terhadap ujian tersebut serta sabar dan menerimanya dengan penuh kerelaan hati. Inilah golongan yang paling cemerlang. Sebaliknya ada sesetengah yang lain pula bila diuji oleh Allah s.w.t dengan keburukan atau bala terus membebel dan menunjukkan reaksi tidak baik terhadap Allah s.w.t bahkan menzahirkan kelakuan yang tidak dapat menerima bala Allah s.w.t yang ditimpakan ke atas mereka. Mereka ini sebenarnya kurang baik, kerana setiap bala yang diuji oleh Allah s.w.t akan digantikan kebaikan bahkan diberikan ganjaran dengan kebaikan. Kenapakah kita selalu merungut dan membebel...

Kehidupan berkeluarga dan situasi semasa

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah memberikanku hidayah dan taufik sehingga ku dapat ‘blogging’ mlm nie. Selawat dan salam atas junjungan tercinta. Berkat kedatanganmulah wahai Rasulullah, kami dapat menghirup udara Islam pada hari ini. Limpahan rahmat dan berkat jua ku doakan buat para mukminin di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia am nya. T idak mudah untuk menjadi seorang suami. Itulah yang kurasakan ketika ini. Isteri adalah amanah Allah buatku. Bukan semata-mata nak bersedap-sedapan. Ku sedar dan perasan bahwa ramai yang telah kecundang dalam meayari bahtera rumahtangga. Apa yang pasti, didikan agama yang mencukupi dan mantap sahaja menjamin kerukunan rumahtanggaku yang ku idam-idamkan selama ini.Jauh dari itu aku perlu memastikan hubungan silaturrahim dengan keluarga baruku terjalin erat dan mesra. A ku juga tak boleh lari dari masalah pengurusan wang yang betul. Jika tak dapat kawal nafsu bertambah-tambah la masalah. Hanya satu yang ku ...

Virus Selsema BABI, peringatan seterusnya dari ALLAH

Situasi semasa Influenza A (H1N1)(Setakat 28 Julai 2009, jam 8.00 pagi) Kes - Kes Baru: 95 Kes - Kes Import: 0 Kes Jangkitan Tempatan: 95 Kes Kematian: 1 Jumlah Kes di Malaysia: 1,219 dengan 3 kematian. 574 (47%) merupakan kes import dan 645 (53%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,198 kes (98%) telah sembuh hanya 12 kes atau 1% sahaja yang sedang menerima rawatan anti-viral di hospital. Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan anti-viral di rumah.

Islam itu indah...

Di SK Pulat Gua Musang ini, aku masih diberi hidayah untuk solat, berakhlak dengan akhlak Islam. Pada 10 Jun lalu, aku masih diberi hidayah untuk berkahwin dengan cara Islam. Di Malaysia ini, aku masih berpeluang mengamalkan ajaran Islam walaupun masih banyak yang belum sempurna.

Aku kembali...

Salam ukhuwwah Islamiah dan salam persaudaraan sesama insan. Ambo tok sir kecek banyok kali nie , tapi banyok bendo jugok keno royak sini. Sekat2 de la deh. Beberapa tarikh penting sejak 'hibernasi' ambo dari ruangan maya nie. 1 Jun 2009: Jadi guru kat SMK Mengkebang. 10 Jun 2009: Tarikh perkahwinanku dgn gadis sunti dari Pasir Pekan, Tumpat , Kelantan. 1 Julai 2009: Tarikh lapor diri di sebuah sekolah di Gua Musang. 14 Julai 2009: Aku balik mengundi di Kg. Chuchoh Puteri B, sempena PRK N.41 DUN Manek Urai. 15 Julai 2009 : Aku kat SK Pulat. Esok nak balik jmpe istri dah. Huhu2...