Bertasbihlah...




Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Hari ni siap sudah aku menjalani exam final untuk sem 5. Perjuangan takkan selesai, masih terlalu banyak dugaan, masalah dan cabaran yang menanti. Ape pun, aku perlu pastikan semua itu dilalui bersama keredhaan Ilahi dan selaras dengan ajaran dari Rasul Junjungan.


Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lepas dan minggu ini. Antraranya peristiwa yang menggegarkan negara dan seluruh dunia yang memerhatikan Malaysia, iaitu peristiwa Perhimpunan Raksasa anjuran BERSIH seramai lebih dari 100,000 orang di sekitar Dataran Merdeka. Perhimpunan yang bertujuan untuk mendesak kerajaan supaya memembersihkan semula sistem pilihanraya Malaysia yang semakin parah dan teramat pincang. Aku terkilan kerana tidak dapat menyertai perhimpunan itu yang nyatanya amat bernilai bagi seorang yang ingin memperjuangkan kalimah Allah di muka bumi ini.


Hari ini , genap 12 hari sudah perhimpunan itu berlalu. Namun apa tindakan oleh kerajaan Islam Hadhari pimpinan Pak Lah Badawi sehingga kini. Mereka seolah-olah cuba merabuni mata rakyat yang tidak melihat sendiri perhimpunan tersebut dan terus menerus dengan kesombongan, kebongkakan dan kegilaanya mempertahankan tindakan polis-polis untuk menafikan hak rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman. Mana letaknya akal yang waras yang Allah telah berikan kepadamu wahai Pak Lah. Insaflah....


Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?