Demi Waktu








Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamadulillah, pada malam ini aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk berceloteh dalam blogku ini, meski tidak sehebat mana, namun aku tetap wajib bersyukur kerana nikmat ilmu dan kemampuan ini hanya Allah sahaja yang boleh bagi. Dari pagi tadi sampailah ke saat ini aku masih bermukim di makmal biodiversiti ni meneruskan kesinambungan projek tahun akhirku. Segala puji-pujian bagi Allah. Hari ini aku dapat men'dissect' kurang lebih sepuluh ekor ketam(fiddler crab) dan dapat juga untuk membuat analisis TLC. InsyaAllah aku yakin dapat selesaikan semua ini dengan lebih cepat an sempurna.

Aku ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama. Ianya berkenaan CINTA.
Cinta Akhirat

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang masih mengurniakanku segala kudrat dan iradat yang dengannya menjadi asbab untukku meneruskan baki umurku di dunia yang fana ini. Tidak lain dan tidak bukan untukku mencari perbekalan buat kehidupan di akhirat sana. Mungkin esok aku bakal dipanggil olehNya atau mungkin juga sebelum aku sempat menyiapkan catatanku ini.

Aku tidak tahu mengapa aku begitu degil dan derhaka terhadap Allah. Sekian lama masa yang telah diberi untukku bertaubat, sekian nikmat telah dianugerahkan untukku syukuri. Namun jiwa yang keras ini amat angkuh untuk menundukkan nafsu yang sudah lama bermaharajalela. Hanya cebisan rahmat Allah sahaja yang ku pohonkan. Andainya Dia bisa mengurniakan kepada hamba-hambaNya yang lain apalah sangat kiranya untuk diri ini yang telah sekian lama mengharapkan lindungan berpanjangan dariNya. InsyaAllah, Dia tidak pernah memungkiri janjiNya.

Hari ini aku masih hidup, mendapat rezeki yang mencukupi, kesihatan tubuh badan dan kegembiraan walhal di sana mungkin aku di dalam kemurkaanNya. Aku terlalu leka dengan duniaku. Semoga hari-hari mendatang lebih membahagiakan hidupku, InsyaAllah.

Takbir…Allahuakbar.









Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?