Nikmat Allah yang banyak...

Diari Trip Memancing Laut Dalam ku

6 Januari 2008
Pergi ke KT, beli alat-alat untuk memancing.
Habis dekat seratus lebih.( RM125.00)

7 Januari 2008
Tiada aktiviti berkaitan memancing. Fokus pada kuliah.
8 Januari 2008
Minta Akhi tolong pasangkan tangsi pada spinning reel

9 Januari 2008
Bertolak ke rumah Nur Akhiruddin di Kg Tok Jembal.
Bermalam terus di situ kerana nak kejar Subuh berjemaah dan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

10 Januari 2008
Solat subuh berjemaah di Masjid Tok Jembal.
Sarapan pagi dengan Zul dan Abang di Warung Roti Canai depan Kem PGA.
Bersih-bersih halaman rumah.

1:20 petang- Solat Zohor berjemaah di Masjid Tok Jembal.
1:50 petang-Ke Pasar Basah Pekan Batu Enam untuk beli ikan dan sotong sebagai umpan. Juga sedikit air batu.
≈2:30 petang- Bergerak ke jeti Pak Awang di Pengkalan Datu.
≈3:00 petang-Tiba di Jeti. Timbul masalah bot rosak. Foreman pulak masih belum pulang. Pak Awang mintak member dia tolong gantikan. Hampir-hampir kecewa kerana jika gagal dibaiki pada petang tersebut mungkin trip terpaksa dibatalkan.
Bot berjaya dibaiki.
≈5:00 petang- Bergerak ke port 1. Ambil gambar-gambar sekitar sungai Terengganu. Penuh ceria dan bersemangat.
≈7:30 petang-Solat maghrib atas bot. Dalam keadaan terhuyung hayang.
≈8:00 malam- Tiba di Port 1. Orang pertama muntah sebab kemabukan. Tak dapat bangun. Terus cuba untuk tidur. Akhiruddin dah dapat beberapa ekor ikan.
≈9:00- masih kepeningan. Bot berpindah ke Port baru.
≈2:00 pagi- Di Port baru. Cuba bangun untuk memancing. Mabuk lagi. Terus tidur.
≈4:20 pagi: Bangun untuk solat Isyak. Dapat pancing sekor ikan. Muntah lagi. Sambung tidur.
6:15 pagi- Abang Syahril kejut untuk solat Subuh. Alhamdulillah dapat pulak seekor ikan Selar selepas tue. Tapi malangnye mabuk laut lagi. Tak larat nak teruskan terus join balik kumpulan mabuk.
≈8:00 pagi- Bangun untuk mincing. Rasa pening-pening dah hamper hilang walau tetap terus muntah. Keluar habis air 100 Plus yang baru diminum. Dapat belut laut sekor. Pak Awang suruh buang.
≈Pergi memancing sebelah Zul. Hampir-hampir dapat, tetapi perambut terputus. Mungkin tergesel pada batu karang. Akhi dapat Kerapu Keling empat ekor. Hanya tiga ekor yang bertahan atas bot.
9 :15 pagi- Bertolak pulang kerana bimbang tak dapat masuk kuala kalau terlambat.
11 :30 pagi- Selamat tiba di Jeti Pengkalan Datu.
11:45pagi- Bergerak pulang.
12:15 tgh hr- Tiba di Tok Jembal. Alhamdulillah.



Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?