Posts

Showing posts from March, 2008

Cikgu Syukor dalam kenangan (SMK Pahi)

Masih ku ingat lirik senyumanmu, menenangkan jiwa, menyejukkan kalbu, Cikgu Syukor, Maafkanlah diriku, pergimu tanpa kuduga, Begitu cepat kau meninggalkanku, Masih terngiang-ngiang di telingaku dendangan selawat Dari bibirmu yang tulus itu, Dendangan yang tidak mungkin kulupakan, Cikgu Syukor... Maafkanlah anak muridmu ini, Mengapa begitu kejam sekali diriku... Cikgu Mohd Abdul Syukor bin Daud, guru paling berkarisma di SMK Pahi meninggalkan bumi Allah ini pada pagi yang hening 25 mac 2008, hari Selasa , di atas pangkuan isteri tercinta. Semoga Allah merahmati rohnya.. Al Fatihah....

Diariku....

30 Mac 2008 Alhamdulillah, sebenranya byk benda yg aku nak tulis kat sini hari ni tapi tak mungkin dapat tulis semua kot. Cukup lah skit2. Catatan Perjalanan Seorang Hamba Hari Khamis lepas aku balik rumah. Alhmadulillah, walaupu terkejar2 sbb baru nak beli tiket, tapi dapat jugak naik bas ke machang yg kul 2.30. sampai2 kat rmah, kul 8.20 mlm. Alamak, maghrib tak solat lagi. tgh2 ambik wudhu'(air sembahyang) t'dgr bilal kat masjid azan. Kena qadha' la nampk gayanya. Lepas solat isyak sume, borak2 ngn ma, ngn adik2 then ...tdo dgn nyenyaknyer.... Jumaat Solat subuh sorang2, tak larat nak bangun awal. bkn tak t'sdar. Bgn2 ma dah tolong masak sume .Aku solat2 dan tunggu mkn je lah. Tak wat pape, tdo je sepagi tue. Tgk2 jam dah kul 1. Alamak, Jumaat lak. Pas Jumaat, tlg2 abg Ngah goreng ikan kt dapur, then mkn nasik ramai2. Belek2 nota Islam dan Ideologi Masa Kini jap. Tgk2 dah dkat Asar. Alhmadulillah, dapat taufik untuk gi masjid. Lama betul tak azan, sampai2 tak de oran

Tazkiyatun nafs.

Image

Baik Buruk Allah yang Tentukan...

Image
Kekhusyukan Tok Guru semasa berdoa selepas solat Subuh(Munajat Perdana Rakayat Kelantan 7 Mac 2008) Alhamdulillah, hari ini Malaysia masih 'basah', dek kerana gelombang 'tsunami politik' yang melanda 8 Mac 2008 yang lalu. Aku yang kerugian kerana tidak dapat turut sama mencipta sejarah itu akur dengan kedhaifanku untuk memastikan diriku bersama barisan(baca:bulatan) pejuang Islam dan pejuang hak-hak kemanusiaan. 'Mereka' yang mendapat majoriti '9/10' itu kini sedang ber'pesta' air mata kerana berjaya memberikan 4 anak emas yang dijaga selama ini kepada 'kawan rapat' yang di'sayangi' selama ini. Moga-moga mereka akan terus begitu dan begitu. Ayuh bro...PRU-13 kita pastikan TOK GURU NIK AZIZ @ Penggantinya menjadi PM/ Khalifah Islam bagi Daulat Islamiah kita yang baru, InsyaAllah. Takbir....ALLAHU AKBAR.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

Image
Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih...huhu.. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum sidang pembaca blogku sekalian... Tok Guru Nik Aziz ajar anak murid mengumpat???? Kalau modal cuma sesen jangan dirasuah si billionaire. Dalam hadis Nabi, mafhumnya, "Berkatalah olehmu akan yang benar, sekalipun pahit". Jadi apa yang tak kena dengan ucapan Tok Guru sehari dua nie...Cuba kita fikirkan. Persoalan hidup selepas mati adalah antara persoalan yang sudah jelas termaktub dalam Al Qur'an dan Hadis Nabi. Lantaran itu, menjadi kewajipan atas para ilmuan Islam(ulamak) memperingatkan tentang perkara ini bagi Muslim yang lalai. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang zalim sama ada dari golongan kafir, munafiq atau fasiq. Apa kaitannya dengan isu yang nak dibincangkan nie..(boleh mengumpat). Malaysia kita mempunyai pemimpin yang fasiq. Kenapa, kerana terang-terang enggan melaksanakan hukum Islam di Malaysia dan kerana cuba menghalang orang-orang Melayu Islam yang ing