Ingatlah....

TAZKIRAH HARIAN
“Sesungguhnya Islam adalah agama ,dunia, politik dan Negara. Seorang muslim yang sebenarnya ialah yang bekerja demi agama dan dunianya dengan bersama-sama. Al-Qur’an datang membawa akidah yang sebenarnya dan hukum-hukum yang bijaksana dalam peribadatan, muamalah, organisasi pemerintahan, politik, ekonomi, pemerintahan, sosial, kebudayaan. Dia datang membawa titah perintah dan larangan serta apa-apa yang melindunginya berupa hukuman dan celaan. Dan dia juga mengharuskan kepada kaum muslimin seluruhnya untuk melaksanakan dan mendirikan negara atas dasar ajaran itu.”

(As Syahid Hassan Al-Banna)

BismillahiRahmaniRahim...
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang masih mengizinkan kita meyedut udara segar sebagai pinjaman sementara yang akan ditanya kelak..syukur ke hadrat Allah yang sentiasa memberi peluang untuk kita bertaubat atas segala dosa kita baik yang disedari atau tidak. Moga-moga Ramadhan tahun ini bakal meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dan usaha dakwah kita untuk menyemarakkan panji-panji Islam di bumi bertuah ini.

LailatulQodar, satu malam yang amat-amat dinantikan bagi mereka yang benar-benar beriman dengan hari Akhirat. Kita bagaimana? Adakah cukup sekadar berpuas hati dengan amal ibadat selama ini yang entahkan diterima entahkan tidak. Cukuplah, cukuplah dengan sandiwara kita selama ini. “Perjalanan masih jauh…”.bak kata raihan dalam lirik lagunya. Malam itu penuh dengan segala keberkatan, kebaikan yang melebihi seribu bulan( atau dalam kiraan tahun, 83 tahun, 3 bulan dan 3 hari).

Rasulullah telah mengadu kepada Allah moga diberi malam ini. Tetapi kita hanya memandang sepi tanpa berasa ‘terliur’ untuk membuat amal. Tetapi sebut sahaja pasal duit, semua orang berlumba –lumba, berkejar-kejaran untuk mengumpulnya. Tidak salah mencari dunia, tetapi biarlah akhirat lebih diutamakan kerana di situlah tempat tinggal kita yang sebenar-benarnya. Hadirnya kita di dunia selain membawa misi menyempurnakan risalah ketuhanan,juga untuk mengumpul bekalan sebanyak-banyaknya. Semoga amalan soleh itu akan diterima oleh Allah dan diberi ganjaran yang sebaik-baiknya.

Ridhuan_Kuala Krai,Qlate....

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?