Putera Nuzul Qur'an

Tahniah!!! Sayang mendapat seorang lagi anak! Sebelum orang lain ucapkan dulu baik aku ucapkan terlebih dahulu untuk isteri dan diriku. Sesungguhnya anugerah anak memang nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. 
Putera sulung ini kami namakan Nasrullah. maksudnya Pertolongan Allah. Lahir jam satu suku pagi 17 Ramadan 1433 H bersamaan 6,Ogos 2012. Alhamdulillah , anak kami masih sihat walafiat melainkan mata kanannya yang terkena jangkitan kuman sedikit. Dr Tuan Yusuf dari Pasir Pekan kata disebabkan oleh ketiadaan air mata. Dengan kehadiran Nasrullah cukuplah sepasang anak kami. moga-moga jadi anak soleh dan soleha yang akan menyambung misi sebagai khalifah, hamba Allah dan umat Rasulullah S.A.W.

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?