Blog masih penting

Blog masih penting

Kumulakan catatan malam ini dengan lafaz Bismillah dan selawat ke atas baginda Rasul S.A.W. Sungguh tidak kusangka. Password blog yang ku hafal selama ini luput daripada ingatanku. Yang ada cuma password untuk admin. Jadi aku tidak lagi dapat mengubah preferences dan setting asas yang lain kecuali sekadar menambah post baharu ke dalam blog Mujahadah Menuju Taqwaku ini. (https//:www.mmt86.blogspot.com) ku ini... Dalam pada itu aku masih berharap agar blog yang telah ku aktifkan sejak 2006 ini masih dapat bernafas segar jika aku kembali mendapat password blog yang hilang itu..moga hendaknya..

Ku dapat rasakan netizen di luar sana masih sangat mendambakan perkongsian ilmu dan pengalaman daripada mereka yang ikhlas dan ingin membantu sesiapa sahaja. Aku sangat berharap dapat menjadi sebahagian daripada mereka dengan apa sahaja ilmu dan perkongsian secara percuma yang dapat membantu menyelesaikan masalah insan lain. Sebab apakah aku berasa begitu? Pasti disebabkan oleh kekangan yang ada pada media sosial hari ini. Jika kita mahu mendapat tahu tentang sesuatu dengan cepat, boleh sahaja kita search dalam facebook seandainya maklumat itu tersedia dalam page khas dan telah di'pin'kan sebagai post utama. Jika tidak ada dalam fb, kita mungkin boleh mencarinya melalui instagram, twitter, tumblr, youtube dan seumpamanya. Namun demikian kaedah men'Google masih dan tetap akan menjadi kaedah paling popular dan pantas berbanding dengan kaedah yang disebutkan tadi... kelemahannya yang tidak dapat dinafikan ada masih boleh dimaafkan dengan permintaan search yang begitu tinggi daripada netizen.... Tidak ada maklumat yang benar-benar boleh dipercayai kesahihannya pada hari ini dengan kepersisan 99.99% pada hari ini walaupu sumbernya daripada jurnal akademik, media arus perdana dan malahan rakan karib sendiri yang mungkin sudah berkawan berbelas tahun.

Asas akademik kendiri, pengalaman hidup, lingkungan persekitaran dan rakan-rakan yang baik serta ikhlas dan keyakinan diri atas kata hati yang jujur sahaja dapat menjadi filter atau penyaring segala maklumat dan berita yang ada dalam dunia siber hari ini. Semoga kita semua mampu meneruskan hidup ini sebagai hambaNya yang terbaik atau sekurang-kurangnya sebagai insan yang dapat memberi manfaat kepada dirinya sendiri...

Dowell 21Julai 2016 2.04 pagi
Kuantan

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?