Posts

Cikgu Syukor dalam kenangan (SMK Pahi)

Masih ku ingat lirik senyumanmu, menenangkan jiwa, menyejukkan kalbu, Cikgu Syukor, Maafkanlah diriku, pergimu tanpa kuduga, Begitu cepat kau meninggalkanku, Masih terngiang-ngiang di telingaku dendangan selawat Dari bibirmu yang tulus itu, Dendangan yang tidak mungkin kulupakan, Cikgu Syukor... Maafkanlah anak muridmu ini, Mengapa begitu kejam sekali diriku... Cikgu Mohd Abdul Syukor bin Daud, guru paling berkarisma di SMK Pahi meninggalkan bumi Allah ini pada pagi yang hening 25 mac 2008, hari Selasa , di atas pangkuan isteri tercinta. Semoga Allah merahmati rohnya.. Al Fatihah....

Diariku....

30 Mac 2008 Alhamdulillah, sebenranya byk benda yg aku nak tulis kat sini hari ni tapi tak mungkin dapat tulis semua kot. Cukup lah skit2. Catatan Perjalanan Seorang Hamba Hari Khamis lepas aku balik rumah. Alhmadulillah, walaupu terkejar2 sbb baru nak beli tiket, tapi dapat jugak naik bas ke machang yg kul 2.30. sampai2 kat rmah, kul 8.20 mlm. Alamak, maghrib tak solat lagi. tgh2 ambik wudhu'(air sembahyang) t'dgr bilal kat masjid azan. Kena qadha' la nampk gayanya. Lepas solat isyak sume, borak2 ngn ma, ngn adik2 then ...tdo dgn nyenyaknyer.... Jumaat Solat subuh sorang2, tak larat nak bangun awal. bkn tak t'sdar. Bgn2 ma dah tolong masak sume .Aku solat2 dan tunggu mkn je lah. Tak wat pape, tdo je sepagi tue. Tgk2 jam dah kul 1. Alamak, Jumaat lak. Pas Jumaat, tlg2 abg Ngah goreng ikan kt dapur, then mkn nasik ramai2. Belek2 nota Islam dan Ideologi Masa Kini jap. Tgk2 dah dkat Asar. Alhmadulillah, dapat taufik untuk gi masjid. Lama betul tak azan, sampai2 tak de oran...

Tazkiyatun nafs.

Image

Baik Buruk Allah yang Tentukan...

Image
Kekhusyukan Tok Guru semasa berdoa selepas solat Subuh(Munajat Perdana Rakayat Kelantan 7 Mac 2008) Alhamdulillah, hari ini Malaysia masih 'basah', dek kerana gelombang 'tsunami politik' yang melanda 8 Mac 2008 yang lalu. Aku yang kerugian kerana tidak dapat turut sama mencipta sejarah itu akur dengan kedhaifanku untuk memastikan diriku bersama barisan(baca:bulatan) pejuang Islam dan pejuang hak-hak kemanusiaan. 'Mereka' yang mendapat majoriti '9/10' itu kini sedang ber'pesta' air mata kerana berjaya memberikan 4 anak emas yang dijaga selama ini kepada 'kawan rapat' yang di'sayangi' selama ini. Moga-moga mereka akan terus begitu dan begitu. Ayuh bro...PRU-13 kita pastikan TOK GURU NIK AZIZ @ Penggantinya menjadi PM/ Khalifah Islam bagi Daulat Islamiah kita yang baru, InsyaAllah. Takbir....ALLAHU AKBAR.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

Image
Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih...huhu.. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum sidang pembaca blogku sekalian... Tok Guru Nik Aziz ajar anak murid mengumpat???? Kalau modal cuma sesen jangan dirasuah si billionaire. Dalam hadis Nabi, mafhumnya, "Berkatalah olehmu akan yang benar, sekalipun pahit". Jadi apa yang tak kena dengan ucapan Tok Guru sehari dua nie...Cuba kita fikirkan. Persoalan hidup selepas mati adalah antara persoalan yang sudah jelas termaktub dalam Al Qur'an dan Hadis Nabi. Lantaran itu, menjadi kewajipan atas para ilmuan Islam(ulamak) memperingatkan tentang perkara ini bagi Muslim yang lalai. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang zalim sama ada dari golongan kafir, munafiq atau fasiq. Apa kaitannya dengan isu yang nak dibincangkan nie..(boleh mengumpat). Malaysia kita mempunyai pemimpin yang fasiq. Kenapa, kerana terang-terang enggan melaksanakan hukum Islam di Malaysia dan kerana cuba menghalang orang-orang Melayu Islam yang ing...
Image
Kat Jabatan Alam Sekitar KT. Cari report EIA. Allahuakbar.

Tahun paling mendebarkan....2008.

Bismillahirrahmanirrahim, Posse skit... Tahun nie adalah yang paling mendebarkan bagi sesiape sahaja. Nak tahu kenapa? Tanyalah sendiri...huhu... Sebenarnye...tahun nie aku akan bergraduat InsyaAllah, selepas berjaya mengharungi pahit manis selama 3 tahun di UMT nie. Pelbagai onak dan ranjau aku dah tempuhi...Perghh...macam jiwang la plak. Antara orang-orang yang paling berdebar-debar dengan tahun 2008: Pak Leh: Sebab PRU-12 mesti dibuat secepat mungkin. Tok Guru X: Menentukan jatuh bangunnye Parti Qamar. Mak bapak: Bimbang anak-anak akan alami nasib yang sama seperti Nurin @ Syarlinie. Pengguna: BN: Barang naik lagi ke.... Mahasiswa: Bila nak ade p/raya kampus yang adil nie. Artis: Siapa yang akan terus raih anugerah dalam ...hmmm ntah berapa jenis anugerah daaa. Pendidik: Macam mane nak hadapi pelajar-pelajar yang semakin bijak tetapi semakin rosak akhlak. ....Aku rasa cukup r dulu. Nak g solat Asar lak nie...Ok Wassalam.

Wanita Idaman

Alhamdulillah. Pasal semalam. Aku pu tak thu nak tulis ape lagi. Tengoklah lain kali. Wanita Idaman Perempuan yang kami sayangi, Adalah pencinta Tuhannya, Yang mengalir cinta, takut, dan harap. Yang menguasai perjalanan hidupnya, Dari waktu ke waktu, Dari hari ke hari, Sehingga perjalanan di antara, Jasad dan nyawanya berakhir. Perempuan yang kami rindui, Adalah perempuan yang di mata dan di wajahnya, Terpancar sinar nur Ilahi, Lidahnya basah dengan zikrullah, Di sudut hati kecilnya, Sentiasa membesarkan Allah Perempuan yang kami cintai, Yang menutup auratnya, Dari pandangan mata ajnabi, Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya, Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi. Perempuan yang kami impikan, Adalah yang mendekatkan hatinya yang telah jauh, Kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim, Di saat orang lain dilamar kebendaaan Perempuan yang kami kasihi, Yang bersyukur dengan apa yang ada, Yang bersabar pada yang tiada, Cinta pada hidup yang sederhana, Yang tidak bermata benda. Perempuan yang kami s...

Blogku untuk hari ini(15 Januari 2008:12:34tgh hari)

Blogku untuk hari ini.(15 Januari 2008) Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku tak tahu lah nak tulis ape kt blogku hari ni. Pasal cinta ke atau pasal aurat. Yang pasti dah ramai tahu pasal ni semua. Sebab ape? Sebab masing-masing dah belajar masa kat sekolah rendah dan sekolah menengah dulu. Takkan ustaz-ustaz dan ustazah kat Malaysia ni tak pernah ajar. Kan terkndung dalam silibus tue... Macam ni lah. Apa kata kita discuss pasal 'TAQWA'. Untuk tajuk nie saya nak ambik tiga ayat Al Qur'an ari Surah al Fatihah. Untuk renungan bersama.... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-1 Segala Puji-pujian Tertentu Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam-2 Tuhan Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-3 Cukup tiga ayat. Cuba kita sama-sama renungi ayat-ayat nie. Ayat-ayat ini merupakan antara tujuh ayat daripada Surah Al Fatihah yang wajib dibaca setiap kali solat dan ia juga terkandung dalam rukun Qouli(=bacaan). Jadi apakah mesej yang Allah cuba sampaik...

Nikmat Allah yang banyak...

Diari Trip Memancing Laut Dalam ku 6 Januari 2008 Pergi ke KT, beli alat-alat untuk memancing. Habis dekat seratus lebih.( RM125.00) 7 Januari 2008 Tiada aktiviti berkaitan memancing. Fokus pada kuliah. 8 Januari 2008 Minta Akhi tolong pasangkan tangsi pada spinning reel 9 Januari 2008 Bertolak ke rumah Nur Akhiruddin di Kg Tok Jembal. Bermalam terus di situ kerana nak kejar Subuh berjemaah dan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. 10 Januari 2008 Solat subuh berjemaah di Masjid Tok Jembal. Sarapan pagi dengan Zul dan Abang di Warung Roti Canai depan Kem PGA. Bersih-bersih halaman rumah. 1:20 petang- Solat Zohor berjemaah di Masjid Tok Jembal. 1:50 petang-Ke Pasar Basah Pekan Batu Enam untuk beli ikan dan sotong sebagai umpan. Juga sedikit air batu. ≈2:30 petang- Bergerak ke jeti Pak Awang di Pengkalan Datu. ≈3:00 petang-Tiba di Jeti. Timbul masalah bot rosak. Foreman pulak masih belum pulang. Pak Awang mintak member dia tolong gantikan. Hampir-hampir kecewa kerana jika gagal dibaiki ...

Demi Waktu

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamadulillah, pada malam ini aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk berceloteh dalam blogku ini, meski tidak sehebat mana, namun aku tetap wajib bersyukur kerana nikmat ilmu dan kemampuan ini hanya Allah sahaja yang boleh bagi. Dari pagi tadi sampailah ke saat ini aku masih bermukim di makmal biodiversiti ni meneruskan kesinambungan projek tahun akhirku. Segala puji-pujian bagi Allah. Hari ini aku dapat men'dissect' kurang lebih sepuluh ekor ketam(fiddler crab) dan dapat juga untuk membuat analisis TLC. InsyaAllah aku yakin dapat selesaikan semua ini dengan lebih cepat an sempurna. Aku ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama. Ianya berkenaan CINTA. Cinta Akhirat Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang masih mengurniakanku segala kudrat dan iradat yang dengannya menjadi asbab untukku meneruskan baki umurku di dunia yang fana ini. Tidak lain dan tidak bukan untukku mencari perbekalan buat kehidupan di akhi...

Pasang surut perjuangan Islam( Tidal changes of Islamic struggling)

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Khutbah Jumaat Masjid At Taqwa Bt. 6 23 November 2007 Ustaz Ayub Isi-isi penting: Taqwa: sebaik-baik bekalan untuk ke akhirat. Islam punya pasang surutnya. Bukan sahaja pada zaman ini, bahkan sejak dari zaman Nabi-Nabi terdahulu termasuklah Nabi Muhammad kita yang tercinta. Umat Islam pernah berjaya dalam Peperangan Badar tetapi mendapat ujian dan musibah dengan kekalahan dalam peperangan Uhud. Umat Islam pernah mengalahkan kaum kuffar dalam Fathul Makkah namun gagal dalam Peperangan Hunain. Di bawah pimpinan Salahuddin Al Ayyubi, Islam pernah menawan kembali Baitul Maqdis, namun akhirnya kembali jatuh ke tangan puak-puak Salib. Justeru janganlah gentar, janganlah takut. Ayuh terus mara bersama-sama agama Allah. Islam kan pasti kembali berada di atas. Dr Yusuf Al Qardawi ketika dalam Hospital baru-baru ini kerana sedikit serangan jantung. (During his convalescence, Sheikh Qaradawi will put the final touches on his new book "F...

Bertasbihlah...

Image
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam. Hari ni siap sudah aku menjalani exam final untuk sem 5. Perjuangan takkan selesai, masih terlalu banyak dugaan, masalah dan cabaran yang menanti. Ape pun, aku perlu pastikan semua itu dilalui bersama keredhaan Ilahi dan selaras dengan ajaran dari Rasul Junjungan. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lepas dan minggu ini. Antraranya peristiwa yang menggegarkan negara dan seluruh dunia yang memerhatikan Malaysia, iaitu peristiwa Perhimpunan Raksasa anjuran BERSIH seramai lebih dari 100,000 orang di sekitar Dataran Merdeka. Perhimpunan yang bertujuan untuk mendesak kerajaan supaya memembersihkan semula sistem pilihanraya Malaysia yang semakin parah dan teramat pincang. Aku terkilan kerana tidak dapat menyertai perhimpunan itu yang nyatanya amat bernilai bagi seorang yang ingin memperjuangkan kalimah Allah di muka bumi ini. Hari ini , genap 12 hari sudah perhimpunan itu berlalu. Namun apa tindakan oleh kerajaan Islam Had...

Takutlah pada Allah.

In the name of Allah The Most Gracious and Merciful Khutbah(Talk) of Batu Enam Mosque 26th October 2007 Ustaz Abu Bakar Abdullah All praise just for Allah. Be a true believers ( muttaqin) Taqwa adalah satu-satunya bekalan kita dalam menempuh kehidupan yang sementara sebelum menemui hari yang kekal selama-lamanya. Beruntunglah orang-orang yang menggunakan kesempatan yang masih berbaki ini untuk mencapai darjat ketaqwaan yang ditawarkan oleh Allah dalam promosi besar-besaranNya di dalam Al Qur’an. Akan tetapi kebanyakan manusia selalu menyia-nyiakan kesempatan itu dengan membazirkannya pada jalan yang akan membawa kerugian, apatah lagi penyesalan yang tak berpenghujung. Bibir ini amat mudah membicarakan harapan yang ingin dicapai untuk memilik syurga Allah walhal bayaran yang diperlukan tidak setimpal dengan usaha dan bekalan yang dibawa. Alangkah malangnya…..

Selamat Menempuh Final Exam utk Semua budak U.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang masih memberikanku kesempatan untuk hidup di atas muka bumiNya ini bagi menghabiskan sisa-sisa hidupku dan untukku mencapai matlamat kewujudanku di dunia ini sebagai khalifahNya. Ntah la, aku pun tak pasti nak tulis apa sekarang. Yang pasti aku tak nak tidur malam ni sebab dah terlebih tidur hari ni. Ya Allah...apa nak jadi pada hambaMu ini hari ni. Dah la satu waktu pun tak solat berjemaah, solat pun di rumah je. Dua kali hambamu ini bermaksiat besar dalam satu hari. Makan, tahu pulak cari sendiri. Alangkah banyaknya nikmatMu padaku Ya Allah... 1. Udara yang kusedut sehari-hari.... 2. Nasi yang kumakan saban waktu... 3. Air yang kuminum tak henti-henti... 4. Tulang belulang yang kugunakan untuk bergerak dan berjalan setiap saat... 5. Akalku yang masih waras sehingga kini untuk berfikir... 6. Pancainderaku yang masih elok walaupun dah mula pakai spek mata... 7. Kesihatanku yang sentiasa terjaga walaupun kadang-kadang ...

Aidilfitriku yang meriah dalam hambar...

Alhamdulillah. Petang ni aku berpeluang utk posting perutusanku sempena hari SELEPAS raya. Tak kisahlah yang penting aku dapat selamat pulang dan selamat kembali utk exam final pd November nanti. Aduhai... Pejam celik-pejam celik dah 5 sem aku belajar. Sem depan adalh saat2 terakirku di sini( mungkin). kecualilah kalau aku sambung master nanti. Pape hal pun aku bersyukur kerana masih dan sentiasa diberi peluang oleh Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pemberi rezeki. Takde ape yg best yg boleh aku nukilkan. Tapi at least pembaca blogku ni takde la boring sangat (mudah-mudahan). Jap lagi nk kena gi ambik blik PC yg dh drepair kt kedai. " Hello... Assalamualaikum,...ni Adik Ridhuan ke? ...PC adik dah siap , 60 ringgit je dik".Begitu lah panggilan dari kedai tu yg aku terima pagi tadi. Aduhai ...terbang pulak duit aku petang nie. Minggu ni shj dah dekat seratus lebih utk repair macam-macam. Pasal raya....? Eh lupa lak nak citer... Raya ku thn ni agak meriah berbandi...

Selamat Hari Raya Teristimewa Buat Keluarga Mangsa ISA...

In The Name of Allah The Most Gracious and Compassionate Even my English is not quite well but I'm prefer to write in this languge this time. Maybe I feel scary or too glide...Whatever... Well alhamdulillah, now I'm at my friends'rental house as I write this blog. Alhamdulillah, this time is very luxurious for me since I'm never been has this chance to write in English freely. Now let us enjoy my finding regarding on my title this time. Rabu 10 Oktober 2007 28 Ramadhan 1428 Hijrah Siri akhir: Jangan terkeliru dengan kekejaman ISA Saari Sungib abuurwah@gmail.com Sat May 12, 07 1:46:38 pm MYT Alhamdulillah, inilah siri penulisan saya yang ke-40. Ia juga merupakan siri yang terakhir. Banyak sudah rasanya yang cuba saya kongsi dan cuba saya gali iktibar daripada penahanan saya sebanyak dua kali di bawah ISA. Saya cuba luah dan kongsi segalanya agar aktivis dapat mengambil manfaat daripada penulisan saya. Saya percaya ramai lagi aktivis yang telah melalui penderitaan dan kes...

Tazkiyatun Nafs(Pembersihan Jiwa)

Khutbah Jumaat Masjid Batu Enam (Kuala Terengganu) Ustaz Husin 28 September 2007 16 Ramadhan 1428H Penulis: Budak Kecik Al Qur’an 1. Apa makna beriman dengan Al Qur’an? Membenarkan apa-apa yang Al Qur’an kata benar. Menyalahkan/ Meninggalkan apa yang Al Qur’an kata salah. Al Qur’an suka akan kebersihan: Jadi kita mestilah menjadi orang-orang yang bersih zahir dan batin( Al Ghazali) 2. Membaca Al Qur’an biarlah dengan niat untuk mendapat petunjuk- kerana Al Qur’aan itu sendiri memancarkan cahaya. 3. Al Qur’an mesti dijadikan perlembagaan negara Malaysia dan mana-mana negara yang ingin dikuasai oleh umat Islam. Barulah dikatakan benar-benara beriman dengan Al Qur’an. 4. Allah itu Maha Adil. Tidak mustahil bagi umat akhir zaman seperti kita untuk hebat dan mulia sebagaimana umat-umat terdahulu. Yang penting kita mesti ikut jejak para sahabat yang ditinggalkan seinci demi seinci dan setapak demi setapak. 5. Kini masjid hanya menjadi tarikan pelacong- macam masjid di tengah-tengah sungai Te...

Ramadhan Sebagai Universiti Taqwa Antarabangsa( International of Taqwa University)

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang telah memberikanku segala-galanya untuk meneruskan hidup di dunia ini. Hari ini sudah masuk hari ke enam aku berpuasa. InsyaAllah moga-moga Allah izinkanku menghabiskan sisa umur yang berbaki ini bersama-sama bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh setiap mereka yang beriman. "Due...Due..dah lima setengah nie..bangun sahur, " kejut Uzair. Aku yang masih di awang-awangan terkebil-kebil melihat jam di handset Nokia pemberian abah beberapa bulan lalu. "..Ah..baru 5:11. sempat lagi ni skit.." getus diriku sendirian. Aku menjamah sedikit nasi yang ku masak sebelum tidur semalam dengan berlaukkan sedikit gulai daging. Alhamdulillah, boleh lah. Daripada berlapar seharian... Tiba azan subuh aku bergegas ke surau. Pagi ni ustaz X datang (aku lupe la nama die). Mujurlah, dapat juge aku dengar tazkirah sekali sekala. Dia menekankan kepentingan menjaga iman dan Islam. Aku terpaku sepanjang beliau menyampaikan t...

Jagalah hubungan dengan Tuhanmu

Alhamdulillah, Akhirnya pada petang ni aku diizinkan olehNya untuk mencari segala apa yang ku inginkan di library UMT. ( dulunya dikenai sebagai KUSTEM, KUT, dan UPM.) Alhamdulillah, sekejap lagi Asar akan bertandang. Aduh rindunya terasa untuk mengadap kembali Penciptaku, yang telah mengurniakanku berbagai-bagai nikmat, mentarbiahku dengan Islam yang diredhaiNya mengisi dadaku dengan iman, menjadikanku gerun dan takut padanya semata-mata. Namun aku sedar, aku bukanlah seperti dulu lagi. Kini aku sudah diberi peluang seluas-luasnya untuk memilih apa yang terbaik buat diriku. Kealpaanku dalam mengemudi kehidupan seringkali menjerumuskanku ke lembah kehinaan, dukacita berpanjangan. Ya Allah, banyak sungguh dosa-dosa ku kepadaMu. Ku tahu, engkau Maha Kaya dan tidak akan terjejas meskipun kami semua seluruh umat menderhaka kepadaMu. Lantaran itu , wahai Tuhan yang memiliki segala-galanya, bantulah aku, ampunilah segala dosa-dosaku kepadaMu. -Insan Kerdil