Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Alhamdulillah, inign ku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kpd Allah yang masih memberikanku segala nikmat yang tidak kan mungkin dpt kuhitung. Kpd pelawat yg setia, maaf kerna daku tidak punya byk masa dan peluang untuk terus aktif blogging. Terlalu byk isu untuk diulas dan dkongsikan. Isu persekolahan, isu umat Islam, isu negara, isu politik tanah air, isu ekonomi global yang makin merudum, isu gejala sosial dan jenayah... dan bermacam-macam isu lah. Ape-ape pun sbg seorang hamba kdp Tuhannya , kita hadapilah semua ini dengan panduan Al Qur'an dan pertimbangan akal yang waras. Wassalam.
Posts
Assalamualaikum sir....
- Get link
- X
- Other Apps
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah , yang telah memberikan sedikit kesempatan kepadaku untuk menulis sedikit pada pagi ini. Sudah agak lama aku tak blogging. Hari ini, aku muncul sebagai salah seorang yang memikul beban amanah dan tanggungjawab yang sangat besar. Amanah sebagai seorang pendidik. Semoga aku dapat menjadi pendidik harapan agama dan bangsa. Amin....
- Get link
- X
- Other Apps
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Syukur ke hadrat Allah yang masih memberikanku kesempatan untuk mengecapi nikmat Iman dan Islam sebagai hambaNya di bumi ini. Gambar di atas diambil masaku pergi kat masjid Pengadang Baru, sempena perhimpunan sempena memperingati Intifadah Palestin. Erm...tue je la dulu..
Tips kebahagiaan rumahtangga
- Get link
- X
- Other Apps
Disusun oleh : abu Fida'uddin 1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita 2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain. 3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. (jika suami dalam mood yang sesuai) 4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. 5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati .
"This is a goodbye kiss, you dog!"
- Get link
- X
- Other Apps

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Kumulakan bicara maya ini dengan namaNya yang Maha Agung, buat memberkati coretan yang mudah-mudahan memberi input untuk semua. Kaget seketika!!! Itulah yang boleh ku katakan tatkala melihat klip video tentang Bush yang dibaling kasut oleh Muthathar al Zaidi, wartawan dari Iraq sambil melaungkan " This is a goodbye kiss, you dog!"... Memang padan ngan muka kau Bush. Kafir harbi yang paling jahat pernah wujud di muka bumi ni. In this image from APTN video, a man, centre throws a shoe at US President George W. Bush, background left, during a news conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki, Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad, Iraq. On an Iraq trip shrouded in secrecy and marred by dissent, President George W. Bush on Sunday hailed progress in the war that defines his presidency and got a size-10 reminder of his unpopularity when a man hurled two shoes at him during a news conference. (AP Photo) Daku terasa ingin men...
Sejenak bersama Due..
- Get link
- X
- Other Apps
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Ku mengajak diriku dan para pengunjung sekalian, agar, bersama-sama kita berterima kasih kepada Allah atas segala nikmatnya untuk hari ini dan yang sebelum ini. Semoga limpahan nikmat itu menandakan cinta dan kasih Pencipta kepada hambaNya..Amin. Setelah beberapa lamaku memencil diri, hari ini, walaupun aku dah plan nak balik rumah terus lepas habis kerja-kerja kat makmal tadi namun takdir Allah melangkaui kehendakku. Aku melencong ke pejabat Dr Din dan terus mengambil sedikit ruang waktu yang ada untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja tentang aktivitiku sehari dua nie. Hari Khamis yang lepas, aku diuji dengan demam yang menjadikan tubuhku begitu longlai dan tidak 'rhok'(=larat). Aku bersyukur kerna dengan demam ini, mudah-mudahan dosa-dosa kecilku bakal terampun. Namun , memang tabiat nafsu ammarah, tengah2 demam pon mata still cam biase. Pantang lalu makcik tua, fuuuhh...memang langsung tak tengok walau sebelah mata....
Memperkasa pemahaman tentang REZEKI
- Get link
- X
- Other Apps

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang masih menghidupkan aku pada malam nie and bagi kesempatan utuk bertaubat dan mempersiapkan bekal untuk di hari muka. Moga-moga aku tergolong dalam golongan yang sentiaa mendapat hidayah dan taufik dari Allah. Hari ini tidak bermula dengan baik untukku. Dengan Subuh yang lewat, aku melewati masa-masa yang ada tanpa iringan keberkatan dari Allah. Allahuakbar,...lebih kurang 8 jam aku bersama-sama adik-adik junior pergi ke Setiu untuk ambil ketam bagi tujuan ujikaji untuk projek tahun akhir mereka. Aku pergi pun setelah mendapat greenlight daripada Dr Din. Balik-balik dah 3.30 petang... Em, ape lagi..tido je la. Pas tido bngun solat Asar jap n g lepak2 kat umah hafiz. Dekat ngn maghrib , aku mcm bese, menrima hidayahNya untk pergi ke masjid. Mlm nie ada kuliah tasauf kat masjid KUSZA..Pe lagi beb..pergi la even tak semua ilmu yang diterima tue diamalkan..hu3.... Ustaz bagi explanation daripada Kitab Minhajul abidin...Ape? Ustaz mane..of course la usta...
Dari Ramadhan al Mubarak ke Syawal..
- Get link
- X
- Other Apps
Salam Syawal dan Kemenangan Alhamdulillah, walaupun blog n macam chipsmore tapi masih dapat di update kan lagi. Terkadang rasa kesian kepada rakan-rakan dan abe Besar yang datang menjenguk namun tiada perekmbangan atau berita terbaru dapat dikongsikan. Sedikit berkenaan gambar di atas. Yang atas sekali tue gambar masa gi PUTIK( Pusat Tarbiah Islam Kelantan) di Pengakal;n Chepa sempena majlis aidilfitri antara anak-anak Kelantan di perantauan dengan Tok Guru MB. Alhamdulillah yang kat sebelah tue Aiman. Dia la bersungguh-sungguh ajak. Kalu tak susah jugak nak gi sorang-sorang. Gambar kat bawah tue majlis pada keesokan hari kat Balai Islam London..eh .Lundang. maap ..tershasyul.. (konon-konon nye lah). majlis Hari Raya (tok guru anti dgn istilah 'Hari Raya' nie; die suh kita latih sebut selamat bertadarus. selamat berzikir, selamat berikitikaf, baru cun gitu..ye tak tok guru).. Satu je soalan yang perlu ditanya kepada diri masing-masing dan dijawab oleh diri sendiri... Sudahkah...
Salam Ramadhan
- Get link
- X
- Other Apps
Alhamdulillah, syukur ke hadarat Allah kerana masih memberikanku kesempatan untuk kembali meneroka alam maya bersama pelayar-pelayar amatur dan profesional. Semoga Ramadhan kali ni membawa seribu rahmat kepada kita dan keampunan atas setiap dosa yang dilakukan. Amin.... Ya Allah , ampunilah dosa-dosa kami semua...
Syeikh Ahmad Yasin dalam kenangan...
- Get link
- X
- Other Apps

Dicopy dari laman web http://www.infopalestina.com/Ms/default.aspx?xyz=U6Qq7k%2bcOd9i39xY6%2f%2bPYOarD1hkT8XDnTB%2fy79wxjIn5DSjoVC1SSgXHO1QFiz%2fPJLuh8eo%2bKsF%2bdHzLow3811XiWDn4fLn0Y1qhKHumg28veZ47urKlpmoaLcPV%2faVCDv447TeA%2b4%3d Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang masih mengurniakanku sisa-sisa umur untukku mencari perbekalan buat kehidupan di akhirat nanti. Rasa-rasanya sudah tiga minggu aku tidak mengupdate kan blog nie. Hari ni aku berkesempatan untuk membiarkan jari-jemariku menari indah di keyboard computer buat sekelian kalinya. Moga-moga usahaku diberkati dan diredhai oleh Allah. Bulan nie banyak peristiwa, kejadian dan program-program penting yang berlaku yang mana sebahagian besarnya tidakku ketahui dengan jelas. Ooopp.hampir2 aku terlupa. Biasa lah kalau dah start menulis tanpa perancangan nie...habis benda nak ditulis. Cuma sekadar yang ku termampu untuk diriku dan supaya tidak menghampakan sahabat-sahabat yang datang mengunjung, marilah kita renung ...
muzakarah, moqobalah, 'bo baloh'
- Get link
- X
- Other Apps
Bismillahirrahmanirrahim.... Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih kurniakanku sedikit kesempatan dan ruang untuk bersyukur atas nikmatNya yang tidak terhingga. Sesungguhnya tidak ada yang lebih membahagiakan selain dapat menzahirkan rasa penghargaan kepada pemilik segala nikmat, sumber segala kebahagiaan. Pagi nie aku bangun lewat lagi..bukan tak terjaga awal, tapi ntah lah..time awal boleh plak gi surau solat subuh berjemaah. Tapi yang banyaknye, solat kat rumah je. Nasib baik la stakat memulakan hidup sebagai orang yang baru grad ni aku tak de la sampai terbabas selalu. Mujur juge skang duk serumah ngn sahabat-sahabat yang sayangkan solat berjemaah... Teruja sungguh rase nye pabila membaca entri terbaru sahabat muslimah ku tadi. Aku mengkaguminya kerna kesabaran dan kesungguhannya menempuhi gelombang hidup di KUSTEM/UMT tanpa tersasar dari tujuan hidup seorang hamba kepada Tuhannya dan sebagai anak yang solehahkepada ayahanda dan bondanya. Ya..mungkin sahabat dan pemba...
Majlis Silaturrahim Pondok Semalaysia
- Get link
- X
- Other Apps
Alhamdulillah, pada 9 dan 10 Rejab yang lalu bersamaan 12 dan 13 Julai 2008, aku berkesempatan untuk bersama-sama mengahdiri Majlis Silaturrahim Pondok Semalaysia Kali ke-2. Majlis yang bertempat di Pondok Darul Muhajirin, Bukit Jong Kuala terengganu itu merupakan anjuran Kesatuan Madrasah Islamiyah atau ITMAM. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan pada kaca mataku. Dua ekor lembu tumbang untuk jamuan bagi peserta majlis untuk kedua-dua hari tersebut. Tema majlis tersebut pada tahun ini adalah 'Memahami Aqidah AhluSunnah Wal Jamaah Menerusi Pengajian Sifat 20'. Tuan Guru Baba Mohd Suplar dalam ucapannya menegaskan bahawa kejayaan umat Islam kini bergantung pada sejauh mana mereka boleh mengamalkan amar makruf nahi mungkar. Beliau juga mempersoalkan tentang pembahagian tauhid yang diajar di insititusi-institusi pengajian sekarang di Malaysia, barangkali sesat pada pandangannya. manakal wakil ITMAM iaitu Tuan Guru Hj wan Zukir Wan Ismail pula mengingatkan kepada...
Serampang dua mata ke talam dua muka
- Get link
- X
- Other Apps
Alhamdulillah, aku baru sahaja selesai solat Asar berjemaah di surau Fakulti Sains dan Teknologi UMT. Syukurlah kerana dapat azan hari nie. Lama sudah aku tak dapat azan. Sesekali dapat melaungkan kebesaran Allah terasa beruntungnye. Lagi beruntung kerana dapat berjemaah dengan golongan intelektual yang komited dengan Islam. Prof Ismail, Prof Fauzi dan Doktor-Doktor lain selain daripada staf2 sokongan. Meski pun universitiku tidak segah universiti lain yang ternama namun aku masih bersyukur kerana masih punyai mereka. Mereka tidak dilalaikan oleh bebanan kerja walhal mereka bisa saja solat lewat sedikit kerana kerja sebagai profesor pasti memerlukan komitmen yang tinggi. Ape pun aku tetap bersyukur kepada Allah yang mengizinkan ku untuk solat berjemaah pada hari ini. Alhamdulillah. Seusai solat Prof Ismail yang merangkap imam pada hari ini bertazkirah. Cukup pendek dan padat. Rasenye tidak sampai 2 minit. Beliau hanya berpesan supaya ahli jemaah berhati-hati agar tidak termasuk dalam g...
Bagaimana Paradigma Liberalisme memasuki kosmo hidup umat Islam Malaysia?
- Get link
- X
- Other Apps
Muhammad Nuruddin Bashah Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) Ancaman liberal di Malaysia dan hakikatnya. Setiap tamadun di dunia ini selalunya menjadikan agama sebagai substensi atau materi utama bagi pengisian yang menjadi tonggak utama kemandirin tamadun tersebut. Unsur mistik dan teologis-metos banyak digunapakai. Kata Marvin Perry, “Religion lay at the center of Mesopotamian life. Every human activity-political, military, social, legal, literary, artistic-was generally subordinated to an overriding religious purpose”[1] Pada asasnya sekularisasi umat Kristian di barat adalah punca berlakunya budaya liberalisme. Tokoh-tokoh sosial-ekonomis seperti John Locke, Rouueau, Thomas Hobbes dan Descartes (ahli matematik) bersepakat dalam melegitimasikan sekular sebagai penyelesai kongkongan gereja dan monarki beraja. Pada asalnya liberalisme hanya diperkata dalam hal ekonomi kerana tokoh falsafah barat tersenarai di atas telah mengasaskan satu paradigma baru iaitu kapitalisme. Kapitalisme adalah ...
Dari blog Tun Mahathir dan Ahli Parlimen Titiwangsa
- Get link
- X
- Other Apps

Harga Minyak Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga. Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun. Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada...
Kasih bapa...
- Get link
- X
- Other Apps

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, pagi ni aku masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat-nikmat Allah yang banyak. Walaupun diri sudah banyak tersasar dari garis panduan Nya namun syukurlah, nikmat rasa bertuhan itu masih ada. Minyak minyak minyak. Ada apa dengan minyak? Sudah berapa kali terlebih sudah. Dari 30 sen kepada 78 sen. Mereka mengatakan harga minyak dikawal oleh pasaran dunia. Namun fikirlah dengan akal yang waras. Jika bapa sendiri tidak boleh menjual dengan harga murah kepada anak-anaknya kepada siapa lagi hendak diharap. Renung-renungkan , selamat beramal.